Location: http://www.fotopages.com
Window-target: _top

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>

<rss version="2.0"
 xmlns:blogChannel="http://backend.userland.com/blogChannelModule"
>

<channel>
<title>jamila&#x27;s FotoPage -  - Fotopages.com</title>
<link>http://ilaila.fotopages.com/</link>
<description></description>
<pubDate>Sun, 07 Sep 2008 19:23:39 GMT</pubDate>
<lastBuildDate>Sun, 07 Sep 2008 19:23:39 GMT</lastBuildDate>

<image>
<title></title>
<url>http://www.fotopages.com/images/rss_logo.gif</url>
<link>http://shw.fotopages.com/</link>
<width>40</width>
<height>60</height>
</image>

<item>
<title>TAK AKTIF LAGI....</title>
<description>Salam..

saya akan stop fotopages &#x26; akan pindah ke new blog..tunggu...
Wassalam...</description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1650217</guid>
<pubDate>Sun, 17 Aug 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>FIKIR-FIKIR KAN.....</title>
<description>Salam..

Jumpa balik kita. Dah lama tak update. Menyanyi bukan tak boleh tapi mesti bersyarat (Wanita memang terang2 tak boleh ok Aurat tuh..). Nak ajak warga fotopages lihat sejenak perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah qalifah Allah di muka bumi ni. Namun remeh ini la sedikit sebanyak membantu kita menjawab soalan para malaikat di alam Barzakh nanti.Insyaallah...



KONSERT NYANYIAN &#x26; PERALATAN MUZIK DARI SUDUT HUKUM ISLAM

Alat-Alat Muzik Yang Ditegah

Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara&#x2018; itu ialah:

i. Al-Ma&#x2018;azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.

ii. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.

iii. Al-Awtar atau Al-&#x2018;ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.

iv. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.

v. Al-Kamanjah iaitu Biola.

vi. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.

vii. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.

viii. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;

i. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu &#x2018;anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam :

Maksudnya: &#x22;Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma&#x2018;azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross) dan perkara-perkara jahiliah dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan dengan kemuliaanNya: &#x22;Tiada minum seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan seteguk daripada arak dengan sengaja ketika berada di dunia melainkan Aku akan meminumkan dia ganti arak itu daripada darah nanah pada Hari Kiamat, sama ada diampunkan dia atau sama ada diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku, melainkan Aku beri dia minum akan arak di syurga. Tiadalah halal dijual benda-benda itu dan tiada halal dibeli akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.

(Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

 

2. Ahmad bin Mani&#x2018; Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz:

Maksudnya: &#x22;Bahawa Allah &#x2018;Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma&#x2018;azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengan kebesaranNya dan kekuasaanNya. &#x22;Tiada seorang hamba yang minum arak di dunia melainkan Aku minumkan dia dari air panas neraka sama ada dia kena azab atau diampunkan dia dan tiada meninggalkan oleh seorang hamba daripada hamba-hambaKu itu akan arak (di dunia kerana takutkan dosanya) melainkan Aku beri dia minum akan arak syurga&#x22;.

 

Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu &#x2018;Abbas Radhiallahu &#x2018;anhuma yang telah berkata:

Maksudnya: &#x22;Kubah itu haram, dannu itu haram, ma&#x2018;azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram&#x22;.

(Hadis riwayat Ahmad)

3. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu &#x2018;Abbas Radhiallahu &#x2018;anhuma Nabi Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: &#x22;Bahawa Nabi Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)&#x22;.

4. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: &#x22;Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma&#x2018;azif&#x22;.

5. Daripada Ibnu &#x2018;Abbas Radhiallahu &#x2018;anhuma bahawa Rasululah Shallallahu &#x2018;alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: &#x22;Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup&#x22;

(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi&#x2018;e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang) tanpa ada lagu seperti &#x2018;ud, thaunbur, ma&#x2018;azifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu berdasarkan firman Allah:

Tafsirnya: &#x22;Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah&#x22;.

(Surah Luqman: 6)

Menurut Ibnu &#x2018;Abbas maksud tafsir &#x22;perkara hiburan yang melalaikan&#x22; itu adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)

Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa &#x2018;Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, &#x2018;ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321)

Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: &#x22;Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik&#x22;.

Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi&#x2018;e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian.[/size][/size]



Wallahualam Bissawab</description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1629715</guid>
<pubDate>Mon, 28 Jul 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>KEMBALI KE SINI</title>
<description>Maap sebab lama tak update pondok saya ni. Kusyuk koje. Tu yang tak dan update nye. Foto baru takde. Cuma nak ajak warga fotopages hayati lirik lagu ni. Halwa telinga yang sedap di dengar...

Berkorban Demi Cinta
Hijjaz 

Bermula gemilang cahaya 
Petunjuk pimpinan yang Esa 
Menempuh jalan hidup di dunia 
Cabaran yang silih berganti 
Dugaan mematangkan diri 
Mengajar erti hidup ini 

Berjuang berkorban demi cinta 
Suka dan duka suratanNya 
Mengenal makna jalan bahagia 
Masa yang silih berlalu 
Semakin hampir saat itu 
Ya Tuhan tunjukkan 
Moga selamat bersamaMu 

Biarpun bersama kekurangan 
Namun bersyukur kurniaan Tuhan 
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri 
DenganMu ku punyai segala 
Tak kan beruntung seisi dunia 
Limpah kurniakan petunjuk bantuan 
Tempuh hari yang mendatang 

Semoga... 
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi 
Setiap detik masa dalam amalan jua 
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan 

Semoga dengan ini jambatan menemui 
Cinta yang sejati 
Itu yang abadi 

Berjuang mencari iman taqwa 
Perisai menempuh pancaroba 
Penentu tempat rahmat bahagia 
Seiring teman dan saudara 
Pimpinan tauladan baginda 
Ya Tuhan bantulah 
Moga selamat selamanya

Wassalam.....</description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1546452</guid>
<pubDate>Sat, 17 May 2008 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Pi Jalan2 kat The Eyes on Malaysia</title>
<description>Seronok juga skali skala pi jalan2 dekat eyes on malaysia..malangnya tak dapat nak naik sebab ramai bebenor umat............sempat la gambor2 tuh.... :-D 



Ni bukti dah sampai ler kan....



adif ni kalau ambik gambar suka duduk tak diam..dapat gambor ngiring jer


ni pun sama.....</description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1355588</guid>
<pubDate>Sun, 25 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>my son..</title>
<description>Ni la my lovely son , Hadif. Nama penuh Muhammad Izz Hadif Bin Mohd Shaiful Nizam.. Masa ni umo 8 bulan. Sekarang ni dah masuk 1 tahun 5 bulan dah.. :-D </description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1353992</guid>
<pubDate>Fri, 23 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Zoo..</title>
<description>Salam....

Entry kali ni pasal zoo...tapi zoo ni untuk 2 jenis binatang &#x26; serangga ni saja..Harap semua enjoy melawat zoo ini.. :-D
</description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1343230</guid>
<pubDate>Tue, 13 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

<item>
<title>Foto Nyaman</title>
<description>Salam..
Welcome all.. ni 1st time upload gambor. Awal2 ni takde foto nak upload. Mujur tengah asyik melayan internet terjumpa foto ni. Nyaman &#x26; sejuk tengok kaler dia cantik (my favourite kaler tu)..Mudah2an hidup kita sesejuk mata memandang pemandangan tu.. :-D </description>
<guid isPermaLink="true">http://ilaila.fotopages.com/?entry=1339769</guid>
<pubDate>Sat, 10 Nov 2007 00:00:00 GMT</pubDate>
</item>

</channel>
</rss>